Monday, March 23, 2009

Suria Channel (04)

Hai para pelajar sekalian,
Sebelum Cikgu lupa, Cikgu mahu kamu ikuti rancangan:

Cepat Tepat setiap Isnin dan Selasa jam 8:30 mlm - 9:00 mlm.

Rancangan ini baik jika awak ingin menambah kosa kata.

Selamat menonton!

Salam,
Cg Baya

Tugasan 23 March 2009

Hai para pelajar sekalian,

Selamat berjumpa kembali. Untuk minggu ini, Cikgu mahu kamu melengkapkan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan tentang tajuk berikut:

Bilik tidur idamanku.


Cikgu harap kamu dapat menggunakan setiap kosa kata yang telah kamu pelajari di kelas untuk melengkapkan tugasan ini. kamu boleh menulis ataupun menaip tugasan kamu.

Hantarkan tugasan kamu pada hari Jumaat ini, 27 Mac 2009. Selamat menjalankan tugas.


Salam sayang,

Cg Baya

Friday, March 6, 2009

Selamat Datang 2009

Salam buat semua pelajar yang saya kasihi.
Masa berlalu begitu cepat sekali. Kini sudah pun masuk bulan ketiga dalam tahun 2009. Pelajar-pelajar saya dalam kumpulan pertama sudahpun berada di tahun ketiga. Saya berharap benar agar penguasaan Bahasa Melayu mereka sudah bertambah baik.

Jika ada kesempatan, saya ingin menggunakan ruang yang ada ini untuk mengulang kembali apa yang telah saya ajarkan di dalam kelas. Saya juga berharap para pelajar dapat memberikan idea bagaimana blog saya ini boleh menjadi lebih interaktif kerana ini merupakan percubaan saya yang pertama dalam menghasilkan blog.

Itu sahaja buat kali ini.

Salam sayang,
Cg Baya