Helo,
Peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja berakhir. Saya sudahpun selesai memarkahi kertas kamu. Bagi pelajar yang rajin dan serius semasa mengulangkaji pelajaran, mereka tidak menghadapi banyak masalah. Malangnya, ada yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi mungkin kerana tidak mengulangkaji pelajaran mereka. Hal ini amat menyedihkan kerana banyak contoh yang telah diberi semasa sesi ulangkaji.
Para pelajar sekalian, untuk menguasai sesuatu bahasa, kamu perlu menimba banyak kosa kata. Adalah baik sekiranya kamu dapat mengggunakan kosa kata ini dalam percakapan dan juga penulisan kamu. Oleh itu, bermula dari hari ini, cikgu ingin meletakkan syarat bahawa setiap komen yang kamu beri mesti dalam bahasa Melayu dan bukan dalam bahasa Inggeris.
Kita jumpa di kelas nanti. Selamat beristirehat!!
Salam sayang
Cg Baya
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)