Wednesday, April 23, 2008

Peperiksaan MSP

Kepada para pelajar MSP1 dan MSP2,
Peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kamu. Baca buku teks dan buku kerja dari Unit 1 hingga Unit 5. Gunakan kamus dwibahasa sebagai panduan setiap kali kamu mengulangkaji MSP. Jika kamu kaya kosa kata, pembelajaran MSP jadi mudah. Kepada semua selamat maju jaya.

Salam sayang,
Cikgy Syarifah & Cikgu Baya

Monday, April 14, 2008

Imbuhan 'me'

untuk kata dasar bermula dengan l, m, n, ng, ny, r, w

  • melukis
  • memasak
  • menanti
  • menganga
  • menyala
  • merancang
  • mewangi

untuk kata dasar bermula dengan k

  • kenal ----- mengenal
  • kira -------mengira

untuk kata dasar bermula dengan t

  • tonton ------ menonton
  • tangkap-----menangkap

untuk kata dasar bermula dengan p

  • putih --------memutih
  • pekak--------memekak

untuk kata dasar bermula dengan s

  • siku ---------menyiku
  • sepak--------menyepak

Sunday, April 13, 2008

Video: Anak rusa nani

Kamu hendak mendengar rakan-rakan kamu menyanyikan lagu Anak Rusa Nani?


Pelajar-pelajar saya semuanya pandai menyanyi!!!

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif

Kata Kerja Transitif (KKT)

  • menendang bola
  • menonton televisyen
  • mencuci rambut

Kata Kerja Transitif memerlukan objek sebagai pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)

  • berlari
  • tidur
  • menyanyi

Kata kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek sebagai pelengkap.

Cuba kamu nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ini KKT atau KKTT.

1. Jamal sedang menggosok gigi.

2. Haris menumbuk Ahmad.

3. Tijah berjalan pantas.

4. Fatin menangis tersedu-sedan.

5. Cikgu memuji Jonathan.

Golongan Kata dan Pola Ayat

Golongan Kata
  • Kata Nama
  • Kata Kerja
  • Kata Adjektif
  • Kata Sendi

Pola Ayat

  • FN + FN
  • FN + FK
  • FN + FA
  • FN + FS

MSP@RS



Selamat Datang ke blog MSP@RS
Tahun ini merupakan tahun kedua kelas MSP diadakan di Riverside. Sepanjang dua tahun ini, banyak yang telah kami lalui baik dari segi pengajaran dan pembelajaran Program Khas Bahasa Melayu.
Gambar ini diambil pada 3 Ogos 2007. Para pelajar diperkenalkan pada buah cempedak. Tapi mengapa buah cempedak? Pada minggu sebelum itu, para pelajar diajar pantun berikut:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Pada saat itulah, para pelajar memberitahu cikgu bahawa mereka tidak pernah melihat atau makan buah cempedak! Jadi, pada minggu berikutnya, cikgu membawa buah cempedak ke kelas. Namun, tidak semua yang suka bau buah cempedak. Lihat, Yi Ling! Jelas dia tidak tahan bau buah cempedak.