Friday, July 25, 2008

Sudah lama tidak bersua...

Helo para pelajar yang Cikgu sayangi,

Bagaimanakah persiapan menjelang CA2? Cikgu harap para pelajar ada melakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasi dalam menguasai Bahasa Melayu. Satu cara yang paling efektif adalah dengan memastikan bahawa para pelajar semua mempelajari sekurang-kurangnya 3 perkataan baharu dan menggunakannya dalam penulisan. Jika para pelajar semua berusaha untuk meluaskan kosa kata, cikgu pasti para pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk meraih keputusan yang baik.

Salam sayang,
Cg Baya

No comments: