Sunday, April 13, 2008

MSP@RS



Selamat Datang ke blog MSP@RS
Tahun ini merupakan tahun kedua kelas MSP diadakan di Riverside. Sepanjang dua tahun ini, banyak yang telah kami lalui baik dari segi pengajaran dan pembelajaran Program Khas Bahasa Melayu.
Gambar ini diambil pada 3 Ogos 2007. Para pelajar diperkenalkan pada buah cempedak. Tapi mengapa buah cempedak? Pada minggu sebelum itu, para pelajar diajar pantun berikut:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Pada saat itulah, para pelajar memberitahu cikgu bahawa mereka tidak pernah melihat atau makan buah cempedak! Jadi, pada minggu berikutnya, cikgu membawa buah cempedak ke kelas. Namun, tidak semua yang suka bau buah cempedak. Lihat, Yi Ling! Jelas dia tidak tahan bau buah cempedak.

2 comments:

karthik said...

saya nama karthik.saya pandai.awak blog bagus.(= :)

MSP@RS said...

Karthik,
Struktur bahasa kurang tepat.
Bukan saya nama Karthik, sepatutnya, Nama saya Karthik.
Harap diperbaiki!:-)