Sunday, April 13, 2008

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif

Kata Kerja Transitif (KKT)

  • menendang bola
  • menonton televisyen
  • mencuci rambut

Kata Kerja Transitif memerlukan objek sebagai pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)

  • berlari
  • tidur
  • menyanyi

Kata kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek sebagai pelengkap.

Cuba kamu nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ini KKT atau KKTT.

1. Jamal sedang menggosok gigi.

2. Haris menumbuk Ahmad.

3. Tijah berjalan pantas.

4. Fatin menangis tersedu-sedan.

5. Cikgu memuji Jonathan.

5 comments:

H.A.D said...

Cikgu, saya perlukan lebih banyak contoh KKT dan KKTT

amirul mukminin said...

cikgu,saya perlukan lebih banyak dan lebih jelas tentang kkt dan kktt

amirul mukminin said...

cikgu....
1)adakah ini ayat transitif??

¨cikgu saipudin sedang mengajar kelas 1 mutiara¨

2)adakah ini ayat tidak transitif??

-taufiqah sedang tidur-

Unknown said...

Cikgu saya ada ayat saya sendiri:
Transitif:
1)Raizo sedang menulis surat kepada datuknya.

Tak Transitif:
1)Kucing itu sedang tidur di sofa.

Unknown said...

Adakah ayat saya itu betul cikgu???Sila berikan komen anda.